Ar-Rahnu Bank Muamalat
Informasi terbaru yang saya sendiri dapat setelah berbicara dengan Pengurus Bank Muamalat disalah satu cawangan di selangor. Iaitu Bank Muammalat telah mengeluarkan satu skim Ar-Rahnu terbaru yang mana baru sahaja diperkenalkan dalam lingkungan beberapa bulan (dari penulisan). Mungkin kita sudah sekian maklum terdapat pelbagai bank-bank yang menyediakan sistem Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Kelantan dan Ar-Rahnu Bank Rakyat dan lain-lain.Disini sedikit sebanyak perkongsian yang saya dapat direct dari Bank:
Kelayakan: Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 sehingga 65 tahun.
Had Gadaian: Sehingga 75% dari harga barang gadaian atau Rm30,000.00 setiap barangan; Mana yang lebih rendah. Minima sebanyak RM250.00 Setiap pelanggan.
Tempoh Gadaian: 6 bulan dan tambahan lanjutan selama 6 bulan, bergantung kepada penyelesaian upah simpan yang terdahulu.
Jenis Barangan: Barangan kemas yang diperbuat dari Emas (tanpa batu) yang diklasifikasikan dari kelas: 750,835,857,916,950 dan 999 seperti berikut:
1) Rantai
2) Anting-anting
3) Cincin
4) Gelang Tangan dan Gelang Kaki.
5) Keronsang dan lain-lain.
Tambahan: Gold Bar tidak diterima mahupun kalau tambah tonceng :) seperti loket rantai leher. So... melepasss :)
Nilai Gadaian per-gram:
Nilai gadaian per-gram yang diguna pakai oleh Ar-Rahnu Muamalat adalah berpandukan harga Kijang Emas 1oz Bank Negara ( 09.01.2012 iaitu 1oz = RM5,408.00).
Tahap peratusan pajakan:
Minimum iaitu 50%, 55%, 60%, 65%, 70% dan Maximum 75% dari harga Marhum Barangan emas anda.
Kadar Upah Simpan:
Nilai Emas Upah simpan
< RM1000.00 RM0.65
RM1000.00 --> Rm5,000.00 RM0.75
> RM5,000.00 RM0.85
Penebus Gadaian: Penebusan gadaian boleh dibuat secara Ansuran atau sekaligus sebelum atau pada tarikh matang.
Contoh:
WanDots mempunyai 1 Utas Rantai Tangan GCP 999 10gram yang berharga semasa RM1905.20 iaitu pada (09.01.2012) dipajak di Ar-Rahnu Muamalat berasaskan harga Kijang bank Negara 1oz =31.1gram = RM5,408.00..bersamaan dengan 1gram = RM173.89
Katakan ambil pajakan maksimun iaitu: 75%
Harga Marhum mengikut harga Kijang Bank Negara adalah:
10gram x RM173.89 = RM1738.90
75% dari RM1738.90 adalah … 75% x 1738.90 = RM1304.18
Upah Simpan bagi Marhum RM1738.90 = RM0.75/gram (RM1000.00 --> Rm5,000.00 iaitu upah simpan per-gram ialah RM0.75)
Jika 10gram ini bermakna Upah Keseluruhan Simpan setiap bulan adalah: 10 x RM0.75 = RM7.50 / 10gram / Bulan.
Upah simpan selama Total selama 6 bulan permulaan adalah: Rm7.50 x 6 = RM45.00
Dengan ini Jumlah pembayaran yang harus dilakukan sama ada secara sekaligus pada akhir bulan yg ke 6 adalah RM1304.18 + RM45.00 = RM1349.18
atau
Bayaran secara bulanan = dengan RM1349.18 / 6 bulan = RM224.86 / bulan selama 5 bulan + RM224.88 untuk bulan ke 6. DONE!!! Dan iainya menjadi milik anda kembali J
Cara Memohon:
1) Borang Pemohon Ar-Rahnu
2) Kad Pengenalan dan Barang Gadaian.
Kelebihan: Produk yang mematuhi garis panduan Syariah.
Disediakan Oleh:
WanDots...

